top of page

Hindari Gurauan April Fool


Credit by Umairah

Setiap tahun menjelang 1 April, ramai yang akan menjadi mangsa dari sambutan April Fool ini. Seperti yang kita ketahui, tarikh ini mempunyai sejarahnya pada masa lalu. Kemungkinan hanya sebahagian daripada umat Islam yang sudah mengetahui tentang sejarah pada 1 April ini. Namun, malangnya tarikh ini masih disambut oleh sesetengah umat Islam di seluruh dunia dan saya percaya masih ramai yang tidak mengetahui hakikat sebenar gurauan yang semakin berterusan ini.


Peliknya, masyarakat dengan mudah meniru budaya barat ini tanpa menyiasatnya terlebih dahulu, apakah budaya itu baik atau tidak, bermanfaat atau sebaliknya.


Sudahkah kita ketahui bahawa pada tarikh ini, orang kafir dan bukan islam dibenarkan menipu dan berbohong kepada orang lain. Bagi penganut Kristian, April Fool ini merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam Sepanyol pada 5 abad yang lalu oleh tentera Salib dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool ini dengan cara melakukan penipuan dan pembohongan atas dasar hiburan atau gurauan semata-mata. Tetapi bagi umat islam, kita dilarang sama sekali untuk berbuat demikian.


Firman Allah di dalam Al-Quran:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kaum laki-laki menghinakan kaum laki-laki (yang lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang menghinakan, dan jangan pula kaum perempuan (menghinakan) kaum perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang dihina itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu cela-mencela sesama kamu dan jangan pula panggil-memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik sesudah keimanan. Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya.”

Surah Al-Hujurat: 48


Penghinaan terhadap Islam

Jika kita fahami hadis yang telah saya sertakan diatas, ternyata perbuatan ini haram hukumnya disisi agama Islam. Dari apa yang saya fahami, sambutan April Fool ini langsung tidak mendatangkan apa-apa faedah bagi kita umat islam. Tanpa kita sedari sambutan-sambutan beginilah yang akan menjatuhkan maruah umat Islam sedikit demi sedikit. Walaubagaimanapun, umat Islam tidak seharusnya menyambut sambutan ini kerana ternyata ianya langsung tidak mendatangkan kebaikan buat kita.

Jangan mudah terpengaruh

Masyarakat kita kebiasaannya lebih cenderung kepada budaya ikut-ikutan. Kita sebagai manusia memang tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan. Akan tetapi, kita haruslah berwaspada dengan sebarang pengaruh dan tipu daya/helah yang diwujudkan oleh orang kafir dan barat. Sebagai contoh, apabila orang kafir menyambut Hari Valentine, kita juga turut sama menyambut sambutan yang tidak bermakna ini, begitu juga dengan pengaruh Hari April Fool ini. Sebaiknya kita haruslah menyiasat atau mengkaji sesuatu perkara terlebih dahulu samaada budaya itu boleh memberi manfaat kepada kita atau tidak.


Featured Posts
Recent Posts
Follow Us
No tags yet.
Search By Tags
Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page