top of page
Search

Seminar Kebangsaan Fiqh Pergigian

  • Noraini A'sri
  • Jun 4, 2015
  • 2 min read

Nilai - “Celik Fiqah Isu dalam Pergigian” dipilih sebagai tema Seminar Kebangsaan Fiqh Pergigian 2015 anjuran Fakulti Pergigian yang julung kali diadakan pada 9 Mei 2015 yang lalu di Dewan Besar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).


Pensyarah Fakulti Pergigian USIM, Dr. Siti Aisyah bt Abd. Ghafar berkata selain daripada pelajar USIM, terdapat juga pelajar daripada universiti lain yang hadir seperti pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara(UITM), Universiti Malaya(UM) serta universiti swasta.


“Peserta luar yang paling ramai hadir pada seminar ini adalah daripada UIAM Kuantan. Terdapat juga doktor dari hospital kerajaan dan swasta”, tambah beliau lagi.


Bagi Dr.Haslinda Ramli, yang juga Dekan Fakulti Pergigian USIM, seminar ini dianjurkan selaras dengan visi dan misi USIM untuk mengembangkan ilmu naqli dan aqli dalam kalangan mahasiwa USIM sendiri.


“Celik Fiqah Isu dalam Pergigian telah dipilih sebagai tema kali ini sejajar dengan matlamat seminar iaitu membolehkan ilmuwan-ilmuwan agama dan pakar-pakar pergigian berkongsi ilmu mengenai kemusykilan fiqah tentang beberapa rawatan pergigian dan bahan-bahan yang digunakan”, ujar beliau lagi.


Salah seorang peserta seminar Dr.Nazirah dari Klinik Pergigian Serendah, program ini sangat bagus kerana banyak info terbaru berkait rapat dengan fatwa khususnya tentang pergigian yang patut didedahkan kepada masyarakat.


“Lebih baik masyarakat diberikan lebih banyak pendedahan terutamanya masyarakat luar yang tidak tahu bahawa rawatan pergigian dan fatwa berkait dengan fiqh pergigian”, kata beliau.


Tujuh orang doktor pakar pergigian dan agama Malaysia telah dilantik menjadi panel dalam Seminar Kebangsaan Fiqh Pergigian 2015 tersebut.

22.PNG

Credit by Hafizzudin

Antara doktor pakar dan penceramah yang terlibat adalah SS Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Prof. Dato’ Dr.Wan Mohamad Nasir Wan Othman selaku Pakar Pergigian Kesihatan Awam, Dr. Rasidah Ayob, Dr. Mohamad Muzafar Hamirudin, Dr. Irwan Mohd Subri, Dr. Firdaus Hariri serta Dr. Azrul Hafiz Abdul Aziz.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Follow Us
Search By Tags
Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

OPENING HOURS

 

MONDAY-FRIDAY

11am - 11pm

​SATURDAY-SUNDAY

10am - 12:00am

ADDRESS

 

500 Terry Francois Street

San Francisco, CA  94158

info@mysite.com

T  /  123-456-7890

​F  /  123-456-7890

FIND​ US

© 2023 by  THE PUB. Proudly created with Wix.com

bottom of page