top of page

Matlamat Dan Tanggungjawab Mahasiswa USIM

Nilai - Membentuk matlamat yang jelas sebagai seorang mahasiswa dan sedar akan tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara merupakan dua aspek penting yang ditekankan oleh saudara Abdul Muiz Abdul Hakim, Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (YDP MPP) Universiti Sains Islam Malaysia dalam program yang diadakan di Kolej Kediaman 1 semalam.


Sebagai mahasiswa, kita juga perlu mengingati hari akhirat kerana dunia ini hanya sekadar tempat bercucuk tanam sebagai bekalan di hari akhirat kelak.


"Kejayaan yang sebenar adalah apabila Allah menghadirkan ketenangan ke dalam hati kita kerana ianya sangat berkait rapat dengan keimanan dan orang yang teguh imannya akan sentiasa berasa tenang kerana sentiasa memandang positif akan ujian yang di hadapi manakala orang yang rapuh imannya akan tersungkur saat di landa ujian," jelas beliau lagi.


Bicara santai yang diadakan di lobi Kolej Kediaman Satu ( KK1 ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini juga di hadiri oleh Timbalan Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar ( YDP MPP ) ) Universiti Sains Islam Malaysia iaitu saudari Atikah Syafii dan juga saudara Amirul Razali yang merupakan pendebat USIM.


Menurut Amirul Razali, mahasiswa tahun empat, Fakulti Pengajian Syariah dan Undang- undang (FSU), untuk menjadi mahasiswa yang lebih baik terdapat lima perkara yang harus wujud didalam diri iaitu kita perlu mendidik diri ke arah kebaikan, beradab dengan pensyarah, perlu kepada persekitaran yang positif, kawan yang membina dan ukhwah yang mantap.


Tambah beliau lagi, kita perlu menjadi diri kita sendiri kerana kita tahu kemampuan diri kita dan kita harus ingat bahawa yang menjadikan kita hebat adalah Allah S.W.T dan juga ibu bapa kita.


Menurut Atikah Syafii, mahasiswa perlu membesarkan skala pemikiran dan selalu membuat refleksi diri apabila berdepan dengan masalah. Mahasiswa juga di ingatkan supaya jangan menganggap masalah tersebut sebagai bebanan untuk terus maju ke hadapan.


“Kita perlu bermuhasabah dalam mencari punca kegagalan kita. Setiap saat hidup kita mesti di selitkan dengan motivasi untuk meningkatkan semangat kita”, kata Atikah lagi .


Jika kita lihat nasib saudara kita yang berada di Rohingya, lagi besar ujian yang mereka hadapi jika dibandingkan dengan kita. Sebagai mahasiswa Islam, kita perlu bermuhasabah dan mendekatkan diri kepada Allah.


Perbanyakkan komunikasi dengan Allah tidak kira dalam keadaan senang mahupun susah. Yakinlah bahawa doa itu merupakan senjata yang kuat bagi orang mukmin. Setiap perkara yang dilakukan haruslah seimbang diantara dunia dan akhirat.


Featured Posts
Recent Posts
Follow Us
No tags yet.
Search By Tags
Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page