top of page
Search

Pelancaran Karnival Pencegahan Jenayah (IPT)

  • Umairah, Syafikah Norrudin, dan Noraini
  • May 17, 2015
  • 2 min read

2.PNG

Credit by Khairul Akmal

Nilai - Bagi meningkatkan kesedaran para anggota Kor Suksis, warga USIM dan masyarakat komuniti terhadap kepentingan membanteras dan mencegah jenayah, Pelancaran Karnival Pencegahan Jenayah 2015, peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah diadakan semalam.


Kawalan Kehormatan Kor Suksis Usim ini bertujuan untuk meraikan kedatangan Pengarah Jpjkk Bukit Aman, Cp Dato’ Acryl Sani B. Hj.Abdullah Sani yang julung kalinya ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).


Di samping itu, ianya dapat membina semangat kerjasama, bersatu padu dan tolong menolong antara satu sama lain di dalam satu pasukan dalam menjaga kehormanian kampus USIM dan sekitarnya. Malah dapat merapatkan lagi semangat ukhuwah dalam kalangan anggota Kor Suksis USIM dengan IPTA dan masyarakat setempat.


Forum yang bertajuk “Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Siapa” dikendalikan oleh Timbalan Komandan Kor Suksis USIM, Supt. K/S Hisham B. Sabri yang melibatkan mahasiswa dari pelbagai IPTA, antaranya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

YDH Dato’ Acryl Sani Bin Hj Abdullah Sani,Pengarah JabatanPencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) merupakan panel pertama didalam forum ini.


“Masyarakat perlu bekerjasama dan berganding bahu bersama anggota polis dalam membanteras kes jenayah di Malaysia”, kata beliau.


Menurut ahli panel kedua, Pensyarah Undang-Undang Fakulti Syariah Dan Undang-Undang Usim, Dr Resali bin Muda, pandangan negatif masyarakat terhadap polis perlu diubah dan membantu pihak polis mengurangkan kadar jenayah.


Tambahan beliau, masyarakat tidak harus berasa takut untuk berkomunikasi dan berurusan dengan anggota polis bagi menjamin keselamatan dan keamanan Negara.


Persembahan Kawalan Kehormatan Kor Suksis Usim membuka tirai sempena Pelancaran Karnival Pencegahan Jenayah 2015, peringkat Institusi Pengajian Tinggi(IPT) semalam.


Pelancaran Karnival Pencegahan Jenayah ini diadakan pada 13 Mei 2015 yang bertempat di Dewan Besar USIM dan berakhir pada waktu petang.


Program yang dianjurkan oleh USIM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia(PDRM) dihadiri seramai 300 orang

 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Follow Us
Search By Tags
Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

OPENING HOURS

 

MONDAY-FRIDAY

11am - 11pm

​SATURDAY-SUNDAY

10am - 12:00am

ADDRESS

 

500 Terry Francois Street

San Francisco, CA  94158

info@mysite.com

T  /  123-456-7890

​F  /  123-456-7890

FIND​ US

© 2023 by  THE PUB. Proudly created with Wix.com

bottom of page