USIM terima 910 pelajar baru Tamhidi sesi 2015/2016
- Syafikah Norrodin
- Jun 5, 2015
- 2 min read

Credit by Pusat Komunikasi Strategik ( STRACOMM )
Nilai - Usim telah menerima sebanyak 23,907 permohonan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Tamhidi pada tahun ini. Seramai 2,407 pelajar lepasan SPM membuat permohonan dengan memilih USIM sebagai pilihan pertama. Jumlah pelajar yang memohon untuk melanjutkan pengajian diperingkat Tamhidi tahun ini menunjukkan peningkatan yang bagus.
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima seramai 910 orang pelajar baru pra-universiti yang mendaftar di pusat tamhidi usim bagi pengambilan akademik sesi 2015/2016 baru-baru ini.
Pendaftaran pelajar baru itu bertempat di Dewan Besar USIM yang bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Beberapa kaunter khas disediakan oleh Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Bendahari, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Puasat Teknologi Maklumat bagi melancarkan majlis tersebut dan memudahkan urusan para pelajar.
Selain itu, USIM juga telah menawarkan lima program pengajian iaitu Tamhidi Sains dan Teknologi, Tamhidi Perubatan, Tamhidi Pergigian, Tamhidi Syariah dan Undang-Undang dan Tamhidi Perakaunan sebagai pilihan. Pelajar diwajibkan mengambil mata pelajaran Bahasa Arab/Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab Komunikasi dan dua mata pelajaran Pendidiakan Islam diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) untuk memohon kemasukan ke Tamhidi USIM.
Nur Farzana bin Che Soh, 18, merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Bachok, Kelantan yang memperolehi ( 4A 6B ) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) baru-baru ini berasa gembira kerana terpilih menjadi pelajar USIM. Mengambil program Tamhidi Sains dan Teknologi ini bercita-cita untuk menjadi doctor gigi yang pakar dalam pengajianm Islam. Nur Farzana memilih USIM kerana USIM menawarkan pengajian yang berasaskan pengajian Islam iaitu pengetahuan dalam ilmu Naqli dan Aqli.
Bagi Nur Ain Nabilah binti Osman, 18, yang juga merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Bachok, Kelantan. Mengambil program Tamhidi Sains dan Teknologi dan bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera Islam yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah. Nur Ain memilih USIM sebagai tempat untuk menyambung pengajiannya kerana USIM merupakan sebuah universiti Naqli dan Aqli.
コメント