top of page

Pelajar Kongsi Bakat Dalam Donate Talent


Credit by Hafizah

Nilai - Program Donate Talent yang dianjurkan oleh sekumpulan pelajar Tahun 3, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja dalam kalangan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bahkan juga daripada pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah yang berdekatan Nilai.


Menurut Mohd Hisyamuddin, Pengarah Program Donate Talent, program ini julung kali diadakan dan objektif utamanya adalah untuk mendidik pelajar berkongsi bakat mereka dengan pelajar lain di samping memperkenalkan budaya luar kepada mereka.


"Kami mempromosikan program ini dengan mengedarkan risalah ke beberapa buah sekolah rendah dan menengah yang berdekatan", kata Hisyamuddin.


Terdapat dua sesi dalam program ini iaitu sesi pagi yang bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.30 tengahari dan sesi petang bermula pada pukul 2.30 petang hingga pukul 5.30 petang dan setiap sesi mempunyai tiga bengkel.


Antara bengkel kemahiran yang diadakan ialah bengkel Korean Recipe : Kimbap di mana peserta diajar cara membuat kimbap yang merupakan sejenis makanan Korea, bengkel Videography 101 with Light Motion Production, Belajar Bahasa Korea, Adobe Photoshop, Hand on with Mr. Laptop dan A Moment with Sensei.


Urusetia program, Nur Faezah berkata, terdapat tenaga pengajar bagi setiap bengkel dan yang paling menarik ialah seorang tenaga pengajar yang berasal dari Jepun dijemput khas iaitu Tamaki Sensei, untuk bengkel A Moment with Sensei bagi mengajar peserta tentang cara membuat kraftangan dan origami Jepun.


"Dalam bengkel ini pelajar dapat mempelajari cara-cara yang betul untuk membuat origami dan kraftangan Jepun," kata beliau lagi.


Melalui program tersebut, para peserta juga dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang budaya luar seperti Jepun dan Korea serta dapat mempelajari kemahiran asas dalam mengedit gambar, cara mengformat laptop sendiri dan menggunakan perisian untuk membuat video dalam bengkel multimedia.


Idea unik gabungan sekumpulan pelajar Tahun 3 Fakulti Sains dan Teknologi ini untuk menganjurkan program ini timbul daripada Timbalan Pengarah Program itu sendiri iaitu Nur Izzati.


Katanya, banyak kumpulan lain yang mengadakan aktiviti kemasyarakatan di luar kampus untuk menampung dana ke Giso tetapi kami ingin mencuba sesuatu yang baru dengan mengadakan Program Donate Talent ini untuk menjana pendapatan kumpulan kami untuk ke Giso Korea.

Featured Posts
Recent Posts
Follow Us
No tags yet.
Search By Tags
Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page