top of page

Pupuk Semangat Keusahawanan


Credit by Aida

Bidang keusahawanan merupakan landasan utama kepada pembangunan insan dengan melahirkan sumber tenaga manusia yang dapat memelihara kestabilan ekonomi,sosial dan politik negara. Ianya wajar dikuasai oleh pelajar di semua peringkat pengajian terutama kepada pelajar institusi pengajian tinggi.


Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah merupakan suatu kedudukan yang tinggi di sisi Allah S.W.T sebagaimana sabda baginda yang bermaksud: “Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan” (Hadis Riwayat Tirmizi).

Oleh yang demikian, sesiapa yang menjalankan urusan perniagaan sama ada kecil atau besar tetapi masih di dalam linkungan perniagaan, mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah S.W.T

Rasulullah SAW telah mendapat didikan awal tentang perniagaan sejak kecil lagi. Baginda juga sering mengikut bapa saudaranya ( Abu Talib) berniaga sehingga ke negeri Syam ketika baginda berumur 12 tahun.


Dari situ, Rasulullah SAW belajar tentang selok belok ilmu perniagaan sehingga baginda diberi kepercayaan oleh bapa saudaranya dan orang Quraisy untuk mengendalikan perniagaan tersebut.


Rasulullah SAW merupakan ahli perniagaan yang hebat. Baginda telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawan- usahawan lain dalam rombongan yang sama. Ini menunjukkan kehebatan baginda dalam bidang perniagaan.


Oleh kerana kehebatan Rasulullah SAW dalam perniagaan, baginda berjumpa dengan isterinya Siti Khadijah. Siti Khadijah merupakan seorang usahawan unggul yang berumur 25 tahun.


Rasulullah SAW menguasai ilmu perniagaan melalui pengalaman. Baginda menguasai dan mengetahui kebaikan sesuatu perniagaan dan bahaya riba.Bidang perniagaan menuntut para peniaga agar sentiasa gigih terhadap kerja yang dilakukan.


Featured Posts
Recent Posts
Follow Us
No tags yet.
Search By Tags
Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page