top of page
Search

Mahasiswa Jana Pendapatan Melalui Minggu Keusahawanan

  • Shafiqah Azira
  • Jun 4, 2015
  • 1 min read

Nilai- Minggu keusahawanan yang bertujuan dalam melatih mahasiswa merangka dan melancarkan perniagaan mereka sendiri merupakan satu program wajib ke atas setiap mahasiswa Tahun Tiga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).


Tahun ini, minggu keusahawanan diadakan bermula dari 20 April hingga 24 April 2015 bertempat di Pusat Komersial Pelajar (PKP).


Tambahan lagi, mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk setiap fakulti.


Mereka diberi pilihan sama ada untuk melancarkan perniagaan ini melalui jualan mahupun perkhidmatan servis.


Dengan adanya program sebegini, ianya dapat melatih mahasiswa untuk menjana pendapatan dengan usaha mereka sendiri.


Pelbagai strategi yang dilakukan oleh setiap kumpulan dalam menguruskan perniagaan mereka untuk menjana pendapatan.


Muhammad Aliff Imran, mahasiswa Tahun Tiga dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama berkata kerjasama berkumpulan dan pengurusan masa penting dalam menguruskan sesebuah perniagaan.


“Bagi saya, modal yang kami gunakan ialah dalam RM 400 untuk menyewa dapur memasak dan ayam sahaja. Dan berdasarkan keuntungan pula, hari pertama kami dapat mengumpul keuntungan kira-kira dalam RM 250 dan begitulah juga untuk hari kedua”.


Menurut Aliff Imran lagi, beliau menjangkakan keuntungan yang akan diperolehi selama lima hari ini dapat melebihi kadar modal yang dikeluarkan.

Perancangan Keusahawanan .png

 
 
 

Commentaires


Featured Posts
Recent Posts
Follow Us
Search By Tags
Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

OPENING HOURS

 

MONDAY-FRIDAY

11am - 11pm

​SATURDAY-SUNDAY

10am - 12:00am

ADDRESS

 

500 Terry Francois Street

San Francisco, CA  94158

info@mysite.com

T  /  123-456-7890

​F  /  123-456-7890

FIND​ US

© 2023 by  THE PUB. Proudly created with Wix.com

bottom of page