Mahasiswa Bantu Gelandangan di Pasar Seni KL
- Noraini A'sri
- May 8, 2015
- 1 min read

Credit by Noraini A'sri
Kuala Lumpur - Dalam usaha menyemai sikap keprihatinan dalam diri mahasiswa, sebuah program berbentuk kemasyarakatan telah dianjurkan oleh Kelab UNESCO USIM bertempat di Pasar Seni Kuala Lumpur pada 11 April yang lalu.
Program yang diberi nama “Titian Kasih Bersama Gelandangan” itu telah disertai seramai 60 orang mahasiswa USIM terdiri daripada pelbagai fakulti yang rela menangguhkan kepulangan mereka ke kampung halaman demi menyertai aktiviti kemasyarakatan tersebut.
Menurut salah seorang mahasiswi yang menyertai program itu, Ainil Aqilah, pelajar dari Fakulti Bahasa Utama (FPBU), mereka dibahagikan kepada dua kumpulan yang mana kumpulan satu bergerak ke Pasar Seni manakala kumpulan kedua berjalan ke kawasan Masjid India.
“Saya berasa insaf setelah melihat sendiri bagaimana kehidupan golongan gelandangan ini dan bersyukur kerana dapat menjalani kehidupan yang lebih baik daripada mereka", kata beliau lagi.
Tambah beliau lagi, kebanyakan gelandangan adalah warga emas yang tidak mampu berkerja dan terdapat juga beberapa orang warga asing.
Bantuan makanan yang diberikan kepada golongan gelandangan telah disediakan lebih awal sebanyak 100 bungkusan yang mana makanan tersebut berupa sebungkus nasi, roti serta air minuman.
Para peserta juga diberikan taklimat oleh pengarah program sebelum memulakan misi mencari golongan gelandangan mengikut kumpulan masing-masing yang mana beberapa orang peserta lelaki diamanahkan untuk menjaga keselamatan peserta perempuan sepanjang program dijalankan.
Bekalan makanan pada malam itu habis diagihkan kepada setiap gelandangan yang ditemui oleh kedua-dua kumpulan sebelum mereka bertolak pulang ke USIM kira-kira pukul 2.30 pagi.

Recent Posts
See AllNegeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang dikenali sebagai negeri yang bertradisi dan penuh dengan adat. Adat Perpatih adalah satu...
Pada hari ini kita dapat lihat sendiri bagaimana pembelajaran dan pemikiran remaja berkembang sejajar dengan percambahan arus teknologi....
Comments