top of page

Peluang Kerjaya Dalam Perbankan Islam


Credit by Khairul Akmal

Nilai – Menurut Ketua Eksekutif (CEO) Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata peluang graduan untuk menceburi bidang kewangan Islam sangat luas dan mereka seharusnya bijak memilih pekerjaan yang sesuai dengan bidang mereka.


“Pemilihan pekerjaan perlu diteliti sebaiknya dan bukan hanya sekadar tangkap muat,” katanya lagi.


Tambah beliau, seseorang perlulah mempunyai keyakinan dan motivasi yang tinggi dalam pemilihan sesuatu kerjaya.


Uniknya kesemua pekerja di Bank Muamalat membaca Asma’ Ul Husna pada setiap minggu dan ini menunjukkan bezanya Bank Muamalat dengan bank lain.


Muhammad Akmal bin Muhammad Ridzuan, selaku president Pentadbiran Korporat dan Perhubungan sesi 2014/2015 berpendapat bahawa program ini sangat penting kepada mahasiswa yang akan memilih Perbankan Islam sebagai kerjaya mereka selepas bergraduasi nanti.

“Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan khususnya kepada pelajar korporat tentang peluang-peluang pekerjaan dalam Islamic Banking dan etika-etika pekerjaan semasa bekerja di bahagian-bahagian korporat selepas graduasi,” katanya lagi.


Menurutnya lagi, pelajar-pelajar Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) ini didedahkan dengan silibus berkaitan ekonomi dan Islamic Banking sejak tahun satu lagi.


“Harapan saya khususnya kepada pelajar FEM supaya mereka didedahkan dan diberikan pengetahuan tentang pengalaman-pengalaman kerja dan cakna berkaitan isu-isu semasa kerana penting untuk kehidupan seharian”, ulasnya lagi.


Program ini julung kali diadakan yang melibatkan pelajar korporat tahun satu,dua dan tiga anjuran FEM yang dilaksanakan oleh ahli jawatankuasa Pentadbiran Korporat dan Perhubungan.

Syarahan Industri 2015, ”Job Opportunity in Islamic Banking” ini diadakan di Dewan Kuliah Fakulti 1.1 (DKF 1.1) FEM.

Featured Posts
Recent Posts
Follow Us
No tags yet.
Search By Tags
Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page