top of page
Search

Pementasan Teater Tunjang Warisan Budaya Melayu

  • Shafiqah Azira
  • Jun 5, 2015
  • 3 min read

Pada hari ini kita dapat lihat sendiri bagaimana pembelajaran dan pemikiran remaja berkembang sejajar dengan percambahan arus teknologi.


Ledakan arus teknologi hari ini memberi kesan kepada golongan remaja sama ada ia positif mahupun negatif.


Misalnya, penggunaan akaun Facebook dimana ia boleh memberi sumber mahupun info-info terkini yang sedang berlaku di sekeliling kita.


Namun, sedarkah kita bahawa perkembangan arus teknologi ini memberi kesan kepada warisan budaya Melayu negara kita?


Warisan budaya Melayu yang harus kita martabatkan sebagai akar tunjang negara Malaysia seperti pementasan teater, drama, tarian dan sebagainya.


Mari kita ambil satu warisan budaya Melayu sebagai contoh, iaitu pementasan teater dimana namanya sering tenggelam timbul dalam kalangan rakyat di Malaysia hari ini.


Istilah teater itu sendiri adalah bangunan yang di dalamnya terdapat pentas tempat mempersembahkan drama, muzik, hiburan yang sesuai untuk ditonton oleh orang ramai.


Teater juga merupakan seni pentas yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung dengan menggunakan kombinasi pertuturan, gerak isyarat, gerak lakon, muzik, tarian, bunyi-bunyian dan sebagainya.


Sememangnya kita mengetahui pementasan teater kurang diambil perhatian oleh rakyat Malaysia khususnya golongan remaja melainkan pementasan teater tersebut melibatkan artis-artis tersohor seperti Teater Baik Punya Cilok yang dibintangi oleh Afdlin Shauki, Hans Isaac dan sebagainya.


Sejarah dan perkembangan teater

Sebagai rakyat Malaysia kita perlu mengetahui asal-usul pementasan teater dan juga perkembangannya.


Teater yang kita kenali sekarang ini sebenarnya berasal dari zaman Yunani purba. Kita dapat mengkaji tentang teater ini melalui peninggalan sejarah dan arkeologi pada zaman Yunani purba seperti lukisan-lukisan di dinding, artifak, dekorasi mahupun hieroglif. Dari peninggalan-peninggalan tersebut terdapat gambaran adegan pemburuan dan cerita tentang persembahan kepada para dewa.


Tambahan lagi, sekitar tahun 600 SM, bangsa Yunani purba melangsungkan upacara-upacara agama. Mereka mengadakan festival tari-menari dan nyanyian untuk menghormati dewa Dionysius yang digelar sebagai ‘God of wine’ iaitu dewa anggur dan kesuburan.


Dan di ketika itu, Thespis merupakan orang yang pertama yang menjadi aktor dan pengarang tragedi. Nama Thespis tetap hidup dan menjadi legenda oleh bangsa Yunani dan sehingga hari ini orang Yunani menyebut aktor sebagai Thespian.


Teater membina keyakinan diri belia

Mohammad Firafis bin Mohammad Fairudz, 22, salah seorang performer di Istana Budaya menyatakan bahawa pementasan teater adalah satu medium baru untuk dia melatih dan mengasah keyakinan diri dalam berkomunikasi dan berhadapan dengan orang ramai.


“Saya melibatkan diri dalam bidang ini sejak tahun 2010. Tapi sejak kecil lagi saya menonton teater sebab ayah selalu membawa saya menontonnya. Teater pertama yang saya lakonkan adalah Teater Kaba Kasih Menanti dimana ia menceritakan kisah orang Minang”, kata Firafis.


Pada pendapat saya, pementasan teater perlu dikembangkan di serata dunia kerana ia merupakan saluran untuk menyampaikan mesej-mesej yang positif. Malahan, teater juga merupakan sumber informasi yang berkisarkan tentang kehidupan masyarakat.


Berdasarkan pengalaman saya di Universiti Sains Islam Malaysia, saya pernah melibatkan diri dalam bidang teater dimana ia merupakan salah satu aktiviti Kokurikulum di USIM.


Pengalaman pertama sekali yang saya perolehi ketika sesi pembelajaran teater, kami perlu menghayati watak yang diberi termasuklah watak sedih, gembira, marah, kecewa dan sebagainya.


Bermula dari situ, saya mula berasa yakin untuk berlakon dan berkomunikasi di hadapan khalayak ramai. Kelas teater tersebut membantu saya dalam mempraktikkan pelbagai antonasi suara bersesuaian dengan watak yang dipegang.

Kami juga perlu menghasilkan sebuah karya teater dan kami membawa sebuah teater bertajuk “Sang Dedalu” yang bertemakan tentang kisah penderitaan rakyat Palestin.


Apa yang saya lihat, USIM juga sedang berusaha mengetengahkan bidang ini dalam kalangan pelajar seperti mengadakan Festival Malam Kebudayaan dimana ianya terdapat pertunjukan tarian, teater, nasyid dan dikir barat.


Misalnya, setiap tahun di USIM, mereka akan membuka peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan ini seperti mengadakan ujibakat Mock Trial.


Bagi saya pementasan teater ini mampu menguatkan daya ingatan kita dan sekaligus dapat menguasai dan menjiwai pelbagai watak dengan menggunakan segala emosi dan mental kita.


Kebudayaan tamadun sesuatu kaum

Namun masih ada yang beranggapan kebudayaan itu adalah kesenian semata-mata untuk hiburan.

Walhal, kebudayaan ini merangkumi pelbagai unsur seperti upacara keagamaan, sistem dan organisasi kemasyarakatan, bahasa, keseniaan, serta sistem teknologi dan peralatan.


Firman Allah S.W.T, “Penduduk Iram (ibu kota kaum ‘Ad) yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi, yang belum pernah dibangun seperti itu di negeri lain”, (Surah Al-Fajr: ayat 7-8.


Potongan ayat diatas menjelaskan kepada kita bahawa pada zaman Nabi Hud dan kaumnya ‘Ad juga mengembangkan kesenian dalam pembinaan bangunan dan ini juga merupakan salah satu unsur kebudayaan.


Tidak dapat disangkal lagi bahawa istilah kebudayaan ini adalah satu medan dalam mengembangkan peradaban dan ketamadunan sesuatu kaum.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Follow Us
Search By Tags
Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

OPENING HOURS

 

MONDAY-FRIDAY

11am - 11pm

​SATURDAY-SUNDAY

10am - 12:00am

ADDRESS

 

500 Terry Francois Street

San Francisco, CA  94158

info@mysite.com

T  /  123-456-7890

​F  /  123-456-7890

FIND​ US

© 2023 by  THE PUB. Proudly created with Wix.com

bottom of page