top of page
Search

Sikap Pemandu Punca Utama Kemalangan

  • Noraini A'sri dan Siti Norsyafikah Norrudin
  • May 8, 2015
  • 2 min read

Setiap hari kita disajikan dengan berita-berita kemalangan jalan raya yang menyayatkan hati tidak kira di kaca televisyen mahupun di dada-dada akhbar.


Kemalangan yang berlaku bukan sahaja mengorbankan nyawa bahkan mempengaruhi emosi sesebuah keluarga kerana kehilangan orang yang tersayang.


Sebagai contoh, kemalangan yang baru berlaku di Km 6.2 Lebuhraya Duke pada 2 Mei lalu yang telah mengorbankan tiga beranak iaitu seorang bayi berumur tujuh bulan serta kedua ibu bapanya.


Lebih menyedihkan, dua lagi anak perempuan mereka yang tidak berada di tempat nahas tersebut kehilangan ibu bapa dalam sekelip mata.


Persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan kemalangan jalan raya ini berlaku walaupun pelbagai pihak sudah berusaha memainkan peranan untuk mengurangkan kadar kemalangan di negara kita?


Punca utama berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu itu sendiri yang sering mementingkan diri sendiri dengan meamandu sambil mengantuk dan dalam keadaan mabuk tanpa menghiraukan keselamatan pemandu jalan raya yang lain.


Sesetengah pemandu suka memandu melebihi had laju walaupun banyak papan tanda yang melarang memandu melebihi had yang dibenarkan.


Mengikut statistik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2013 sebanyak 85.7% kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap pemandu.


Punca lain seperti fizikal jalan raya, 10.6% dan keadaan kenderaan, 3.7% menunjukkan peratusan yang lebih rendah berbanding peratusan sikap pemandu yang agak tinggi sekaligus menjadi faktor utama penyumbang berlakunya kemalangan jalan raya.


Di samping itu, faktor lain yang menyebabkan kemalangan jalan raya ialah struktur jalan raya yang tidak dibaiki dengan baik seperti jalan sempit dan jalan yang berlubang-lubang yang mana sangat membahayakan pemandu jalan raya khususnya bagi pemandu yang tidak biasa dengan jalan tersebut.


Keadaan kenderaan juga merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan.


Biasanya, kaum Hawa tidak begitu arif tentang penyelenggaraan kenderaan sebelum memulakan perjalanan yang jauh berbanding kaum Adam yang lebih cekap dalam mengendalikan kenderaan mereka.


Jadi, sebagai pengguna jalan raya yang bijak, kita seharusnya berhati-hati semasa memandu demi keselamatan diri kita bak kata pepatah " Malang tidak berbau" dan ingatlah orang yang tersayang semasa berada di atas jalan raya.





 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Follow Us
Search By Tags
Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

OPENING HOURS

 

MONDAY-FRIDAY

11am - 11pm

​SATURDAY-SUNDAY

10am - 12:00am

ADDRESS

 

500 Terry Francois Street

San Francisco, CA  94158

info@mysite.com

T  /  123-456-7890

​F  /  123-456-7890

FIND​ US

© 2023 by  THE PUB. Proudly created with Wix.com

bottom of page