top of page
Search

Khidmat Komuniti Bantu Ringankan Beban Mangsa Banjir

  • Shafiqah Azira
  • Apr 1, 2015
  • 1 min read

cdfa54053805c4a7f07a2686eb2f2fc9_XL.jpg

Credit by Pusat Stracomm

Nilai - Program OPS Psikososial Pasca Banjir Universiti Sains Islam Malaysia adalah satu program dalam membantu pelajar-pelajar yang terlibat dalam bencana banjir pada tahun lepas khususnya di kawasan Kuala Krai dan Gua Musang.


Program anjuran Unit Psikologi Kaunseling dan Kerjaya ini melibatkan pelajar Tingkatan Empat dan Lima, Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai dan pelajar Darjah Enam Sekolah Kebangsaan Gua Musang.


Tambahan lagi, program ini turut dijayakan dengan bantuan kakitangan dan mahasiswa/i USIM . Seramai 56 orang mahasiswa/i USIM yang turut hadir bagi menghulurkan bantuan kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut.


Objektif program ini dilakukan adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang terlibat dalam bencana banjir supaya mereka lebih bermotivasi dan menyuntik kembali semula semangat ke dalam diri mereka.


Muhammad Effendi Abd Rahim, salah seorang mahasiswa yang turut membantu dalam menjayakan program ini menyatakan bahawa beliau turut merasai keperitan yang dialami oleh mangsa banjir di Kuala Krai dan Gua Musang.


"Kami menyediakan pelbagai modul yang menarik untuk mereka. Apa yang kami fikir bantuan dalam bentuk motivasi ini adalah satu kaedah yang dapat membantu meningkatkan semula motivasi kepada pelajar yang terlibat".


Selain itu, program ini adalah salah satu usaha yang baik dalam mempertingkatkan lagi sikap saling membantu dalam kalangan mahasiswa/i USIM terhadap masyarakat diluar sana. Di samping itu, program seperti ini juga digalakkan agar dapat memartabatkan nama USIM setanding universiti-universiti di Malaysia.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Follow Us
Search By Tags
Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

OPENING HOURS

 

MONDAY-FRIDAY

11am - 11pm

​SATURDAY-SUNDAY

10am - 12:00am

ADDRESS

 

500 Terry Francois Street

San Francisco, CA  94158

info@mysite.com

T  /  123-456-7890

​F  /  123-456-7890

FIND​ US

© 2023 by  THE PUB. Proudly created with Wix.com

bottom of page