top of page
Search

Husaini Wakil Tilawah Peringkat Kebangsaan

  • Noraini A'sri
  • May 8, 2015
  • 1 min read

22.png

Nilai - Mohamad Husaini Mahmur, 23, dipilih menjadi wakil bagi Negeri Sembilan dalam pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-58 yang bermula pada 20- 25 April di Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.


Pemilihan beliau sebagai wakil Negeri Sembilan dalam pertandingan tersebut berikutan pencapaian beliau yang mendapat gelaran johan dalam pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan pada 8 April 2015 yang lalu.


Credit by Husaini Mahmur

Beliau bukan sahaja telah mengharumkan nama Negeri Sembilan bahkan turut membawa nama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di peringkat kebangsaan kerana beliau merupakan seorang mahasiswa tahun akhir Fakulti Bahasa Utama dalam Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi.

Menurut Husaini, pertandingan ini merupakan penyertaannya buat kali pertama di peringkat kebangsaan dan beliau berasa sangat gembira kerana dapat mewakili Negeri Sembilan pada kali ini.


“Saya akan memastikan badan saya mendapatkan rehat yang cukup, mengelakkan makan makanan berminyak dan kurangkan minuman ais demi menjaga kualiti suara sebagai persediaan sebelum pertandingan".


Di samping itu, beliau turut memperbanyakkan latihan dalam bacaan al-Quran untuk mengurangkan rasa gemuruh apabila memperdengarkan bacaannya nanti.


Beliau juga tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang kerana ini merupakan penyertaannya buat pertama kali dan hanya mengharapkan dapat melakukan yang terbaik.


Nasihat beliau kepada sesiapa yang berminat untuk melibatkan diri dalam bidang tarannum ini supaya memperbanyakkan dalam mencari guru al-Quran dan memantapkan tajwid sebelum belajar dengan lebih mendalam dalam bidang tarannum.

 
 
 

Comentarios


Featured Posts
Recent Posts
Follow Us
Search By Tags
Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

OPENING HOURS

 

MONDAY-FRIDAY

11am - 11pm

​SATURDAY-SUNDAY

10am - 12:00am

ADDRESS

 

500 Terry Francois Street

San Francisco, CA  94158

info@mysite.com

T  /  123-456-7890

​F  /  123-456-7890

FIND​ US

© 2023 by  THE PUB. Proudly created with Wix.com

bottom of page